Percaya pada hantu? Saka? Tahyul?
Kebelakangan ni selalu rasa tak sedap hati dan rasa nak cakap dengan family. Semalam, terasa nak call Along so I did. Salahgunakan harta kompeni kejap.
Along: Ada cerita pasal Hani Sofea(her 3 years old baby) tapi jangan terekejut pulak.' *Kenapa orang selalu cakap macam ni? Dari tak rasa apa2, terus suspen!*
Me: Kenapa dengan Hani?
Along: Pasal kepala dia. Haritu kan dia jatuh tergolek masa mandi kat kolam plastik tu. Kan kepala dia terhantuk kat lantai. Dia nangis2 and cakap kepala dia sakit.
Me: Yup. Dah bawa dia berurut kan? Tak ok lagi ke?
Along: Memang dah ok sikit tapi lepas balik dari rumah Tok Mak (mak kitaorg la nih), bertambah teruk dia nangis. Kitaorg panik gila sebab ingatkan kepala dia bengkak internally ke apa. Malam2 buta at around 1.30 am kitaorg pegi Southern (private hospital kat Batu Pahat). Terus masuk ER sebab dia dah meraung. Doktor kasik painkiller and scheduled for scanning the next day. Senyap la kejap but still terbangun2 and nangis.
Me: Kesiannya Hani! Sure gamat sepital tu sebab suara dia nangis kan high-pitch! Heheh.. (lawak tak kena tempat)
Along: Memang pon! Heheh... Tak tidur kitaorg malam tu. The next morning, gi scan. Doktor tengok 3 kali and tak nampak apa2 yg tak ok. Normal aja. Dia prescribe painkiller and some other ubat. Hani pun macam dah ok. Kitaorg balik rumah Tok Mak sebab tak sempat nak bagitau dia pasal semalam. Kat rumah Tok Mak, dia start menangis balik. Kali ni lagi teruk! Satu rumah panik! Tok Ayah (our dad) terus bawak dia pegi rumah satu pakcik nih - kat mana entah. Tak sempat nak concentrate. Lepas pakcik tu bagi air yang dah di'baca2', barulah Hani tidur. Pakcik tu kata, macam nampak bayangan monyet. Tapi tak explain betul2 la. Kitaorg ingat dah ok, so takde la tanya macam2 sangat. She slept for 4 hours straight! Kitaorg pun tido sekali sebab penat sangat.
Me: Finally! Apasal monyet pulaknya? Macam takda kena mengena je?
Along: Kitaorg pun ingat macam tu! Lepas dia bangun, terus minta nak makan nasi! Kesian betul. Lapar gila agaknya sebab before that dia langsung tak makan. Bila kasi air or susu, dia kata air tu busuk la, tak sedap la. Semua dia tolak.
Me: Aiks? Selalu dia tak fussy. Apa pun jalan.
Along: Hani memang macam tu kan? Heheh.. Lepas tu macam dah ok sikit. Bila malam, dia start balik. Abang dah panas hati dah sebab dia rasa ada benda lain, bukan sebab kepala dia terhantuk. Dia sembahyang hajat, baca doa2 and tenyeh bawang putih kat ibu jari Hani. Bertambah meraung dia! Tapi kitaorg semua terkejut sebab Hani marah Abang macam monyet nak bergaduh. Dia keluarkan bunyi monyet, mulut dia pun menyerigai macam monyet and tangan dia macam tangan monyet yang bengkok sikit tu. Dia cakar Abang. Abang kata, 'pegi balik kat tuan kau!'. Lepas tu baru dia stop gaduh and she started sobbing sampai tertidur. Macam tak percaya! Aku tengok dengan mata sendiri. Tok Mak dengan Tok Non (our aunty) pun nampak.
Me: Erkk! Seramnya! Then what?
Along: Lega sikit sebab dia macam dah ok. Tapi still tak percaya. Abang kata, BJ (his friend yg pandai tengok 'benda2') ni pun mention pasal monyet. Dia kata ada kat kepala Hani. Tok Ayah tanya, ada tak Abang terlanggar monyet? Dia kata tak ada.
Me: Lepas tu, Hani cemana? Ok tak?
Along: Nampak better. Dah tak sakit sampai meraung. Esoknya, Tok Mak borak2 dengan Hani. Saja nak layan dia since dia pun dah tak nangis. Tok Mak tanya, kenapa adik nangis aje? Hani tak jawab tapi dia start bercerita.
Me: Cerita?
Along: Dia kata, dia jumpa nenek. Orang lain semuanya dah pergi. Nenek tu tinggal sorang. Dia senyum. Dia nak main dengan adik. Dia peluk adik. Dia sayang adik. Nenek kata, lepas ni dia nak kawan dengan Tok Non. Tok Non pucat kejap! Heheh..
Me: Mana tak pucat! Dah la 'kawan' dia still melekat lagi. (ada org 'buat' my auntie sebab dia tolak pinangan org tu)
Along: Heheh... Sambung balik. Hani kata nenek tu pakai telekung. Leher dia ada darah. Ihh.. takutnya! Then Tok Mak cakap - mana ada. Kat mana adik nampak? Hani kata - ada la Tok Mak. Kat rumah pengantin tu. (masa Chu Boy bertunang last 2 weeks). Terus semua org terdiam. Takkan Hani nak tipu kot.
Me: Hah? Takkan dia ter'langgar' apa2 kot? Dia behave je hari tu. Takde lari2 gi mana2 pun.
Along: Pakcik yang bagi air earlier tu kata, 'bende' tu di'kirim' kat salah satu barang hantaran - sireh junjung. Abang terus campak sireh junjung tu dalam sungai.
Me: Kena careful sikit la. Hani dah dua kali 'kena' dah.
*Skrip seterusnya kena tapis and tak melepasi garis panduan Lembaga Penapisan Blog*
Dah penat bercerita berkali2. Lepas ni kalau ada org nak tau, sila baca kat sini.
Hani Sofea
Percaya pada hantu? Saka? Tahyul?
*************************************************************
E-mail from ISD Helpdesk
Dear All,
This is a notification with regards to the GroupWise outage which we had experienced yesterday from 9.43am to 12.15pm, 9th September 2004. Only users attached to the affected post office (MXISCP1) were unable to login to GroupWise.
The problem was due to GroupWise database corruption which had been rectified. GroupWise was made available at 12.15pm on the same day (9th September 2004).
We apologize for any inconvenience caused.
Regards,
ISD Help Desk
We're upgrading to Xchange soon - harap2 better dari GroupWise!