Got to know that a few of us kat sini pon join blogger. Setakat nih, lom lagi nak advertise my blog to public tapi tengoklah nanti bila dah ada banyak isi kandungan. Baru best sikit nak baca.
Bought another CSI book today. Tapi CSI Miami ler sebab rasanya dah ada sumer CSI Vegas nyer series. Bought another book by Megan Crane - English as a Second Language. Judging by the summary - interesting! Then again, the saying goes - don't judge a book by its cover (in this case, the summary). But that's what interesting about a book - the summary. Especially bila beli buku kat Kinokuniya. Langsung takleh nak selak the pages. Normally Vun Fung and I will go to Times and belek2 kat sana. Sometimes the prices are cheaper, but not always. It's definitely easier to find a book kat Kino and Times has a smaller range of books. I'm wayyy beyond reading 'romance' genre. Masa kat Kuantan dulu ada la. Nowadays, i prefer fictions. Bought a book for Vun Fung. As usual la, sebab dia tolong untuk ESOS. Last year pon bagi dia buku gak since we enjoy Kino & Times very much!
Hati Ini Hancur Lagi
Hati ini hancur lagi…
Tidak.. bukan kerana pujaan hatiku berpaling kasih
Bukan kerana itu..
Manusia sememangnya cepat kelabu mata..
Mungkin kerana itu Dia ciptakan dunia ini sementara
Bayangkan kalau dunia ini kekal..
Entah apa yang akan terjadi…
Dunia dipenuhi kealpaan dan sombong bongkak
Banyak hati terluka dek kaki ampu yang sentiasa menongkat langit
Hati ini hancur lagi…
Tidak.. bukan kerana kematian sesiapa…
Bukan kerana itu…
Manusia semakin berlagak…
Dosa dan pahala semakin samar garis pemisahnya..
Menghalalkan nista… leka dengan asyik mahsyuk dunia..
Sabit kesalahan sesama manusia dengan hukum ciptaan sendiri
Yang salah menjadi betul..
Yang betul semakin hari semakin salah…
Hati ini hancur lagi…
Kerana kecewa yang kian hari memakan diri
Kerana kaki ampu yang tidak pernah tidak memusnahkan harapanku
Kerana si sombong yang tidak mahu akur dengan kebenaran
Kerana si bongkak yang gah dengan keduniaan
Kerana lagak mereka yang menyentap tangkai hati
Kerana dalam jerihku mencari yang halal dan yang sahih
Aku menjadi semakin kecil di mata mereka
Biarlah… asal aku masih berpijak di bumi nyata
Biarlah… asal aku masih mampu bertahan
Biarlah…
Kerana di mataku..
Garis antara benar dan dusta masih jelas…
Tinta Teja
2 comments:
baguslah sajak/puisi kau tu, timbulkan kesedaran dan keinsafan kat hati aku ni hah....
makasih... gua mmg bengkek dgn org2 camtuh.. (rock la pulak!) heheh.. kekadang tak dapat nak cekap depan2, so tulis jer la... yer tak... :)
Post a Comment