Sunday, October 31, 2004

Balik bandar

Ada ke lagu yang sesuai? Kalau ada, sila bagitau. Boleh kita nyanyi sama-sama.

Mula-mula tu nak balik lepas zohor. Decided to nap kejap sebab last night penat packing kerepek dengan Tok Mak and Along. Pukul 3.30 pagi baru siap packing popia and kerepek pisang. As usual juga, mesti terlajak melayan mata sampai pukul 4 petang. Aktiviti tidur berjemaah dengan ahli kariah yang dewasa. The kids semua sakan main. Sudahnya, balik lepas berbuka. Itu pun tertangguh sekejap sebab Along decided to 'basuh' Chu Boy sikit. Dia senyap and angguk-angguk saja. tak membantah langsung. Tok Ayah suruh kitaorg sambung sesi membasuh waktu cuti raya nanti. Dia takut anak cucu dia lambat sampai ke KL. True enough, we reached KL at 12.30pm. Penatnya! Adik duduk berpangku all the way sebab kereta dah penuh dengan kerepek. Kebas satu badan!

Sampai di rumah, Kechik dah sedia menunggu sebab makanan dia dah habis.

Saturday, October 30, 2004

Balik kampung

Baliklah kampung.. woo woo woo baliklah kampung... (versi kakak)

Bukan balik kampung untuk beraya tapi ambil stok kerepek untuk jualan raya. Wah, panjangnya ayat! Started the journey at 8am. Konon-konon nak balik lepas sahur tapi as usual, layan mata barang sejam dua dulu. My monsters seronok nak balik kampung. Siap nyanyi-nyanyi lagu balik kampung. Deli serahkan stering a little bit after masuk Melaka. Apalagi, F1 sampai rumah Tok Mak. Kereta pun tak banyak and co-pilot semua tidur. Yess! Test power!

Along dah reserve table untuk berbuka kat Katarina Hotel. Mula-mula Tok Ayah tak nak ikut tapi lepas Along kata nak celebrate birthday Tok Mak, barulah dia nak join. As always, my Satria will be the designated car yang bawa kanak-kanak. Pasang CD yang baru burn semalam. Apparently kanak-kanak tu semua pandai nyany lagi Pernah by Ferhad and Tiada Lagi Cinta by Ruffedge. Hani nyanyi sampai nak tercabut anak tekak! Dah penat nyanyi, the angels napped sekejap. Hujan baru nak turun when we arrived at the hotel. Must be sebab diaorang nyanyi sakan. The food was excellent. The kids buat berjuta rounds to dessert area.

Kenyang! Alhamdulillah....


Sleeping angels



Makan Time



The lovely table. Ada kurma dalam tempurung.

Thursday, October 28, 2004

One sunny Thursday

Barulah nampak matahari. Tapi kat opis still sejuk macam kat Alaska!

Pagi tadi terbangun waktu azan subuh - Deli was not in bed. Sempat membebel sorang-sorang, sampai hati dia tak kejut untuk makan sahur! Turun bawah sebab dengar bunyi tv. Tengok-tengok rupanya dia tertidur kat sofa with all the lauk on the table! Kejutkan dia and tanya, kenapa tak kejut awal-awal? Dia kata dah kejut dah tapi i didin't even stir. Ops! Heheh....

Planned to see a movie tonight. Dapat tiket free which expires end of this month. dah lama gila tak tengok wayang. Since esok malam dah nak balik BP, kena pegi malam nih. VF agreed to babysit. Just called Deli - dia ada meeting sampai malam. Nampaknya kena cancel la. Frustrating betul.

There goes my mood to blog.

Wednesday, October 27, 2004

Mendung lagi

Hari yang mendung. Sama macam semalam dan ari sebelumnya. Alhamdulillah cuma cuaca yang mendung - hidup masih sama seperti biasa.

Hari ini start berpuasa after lapan hari beraya sakan dengan Malini. Bila update planner pagi tadi, baru sedar yang bulan puasa dah nak habis. Lagi 18 hari (kalau raya 14/11/2004) nak raya. Terasa sedih pula sebab tahun ni lama sangat 'beraya'. Sedih sebab entahkan sempat jumpa ramadhan lagi atau tidak. Sekarang ni selalu sangat terfikir pasal life as a whole. Macam mana kalau umur tak panjang, macam mana dengan anak-anak, siapa nak jaga diaorang, dah ready ke nak ke alam lagi satu. Menakutkan sebab i have no answer for all the questions! I know that HE has it all planned but at the same time, kena juga ada backup plan. Kalau either Deli or myself still ada, taklah worry sangat tapi kalau dua-dua tak ada, macam mana? It's painful just thinking about it. Betapa kita sebagai umatNya hanya mampu merancang. Hmm..

Pagi ni both adik & kakak bangun masa kitaorang tengah bersahur. Kakak bangun dulu and layan Cinta Antara Benua with me. Halfway through, adik pula bangun. Habis cerita tu, diaorang sambung tengok Playhouse Disney channel. Deli and me? Sambung tidur. Terbangun bila dengar kakak terjerit-jerit. Sounds like adik tengah spray something to her. Mula-mula tu just tegur adik and they stopped laughing and shrieking. Tak lama lepas tu, jadi balik. This time around, nampak adik tengah spray Dettol anti-bacterial kat kakak. Sikit lagi nak kena muka dia. Suara adik menangis (lepas kena sedas, dua) berjaya mengalahkan bunyi azan dari surau.

Pergi kerja quite awal. Pukul 8.15 dah start pc. Lamanya lagi nak balik!


Breakfast kakak on Satuday - Kakak's office pets



Saturday, October 23, 2004

Chilly Saturday

Sejuknya! Brrrrr....

Deli is meeting a potential buyer for my Satria. Kalau jadi, we're gonna get a new car. Tak tau lagi jadi ke tidak. Hopefully jadi.

I have been eyeing on SE K700i for sooo looonggg! I waited specifically for the $500 voucher to get the phone. Sam just bought SE K500i - it's a beauty! VF wanted to buy K700i too so kita pakai phone sama. Tiba-tiba today i saw ada orang lain dah beli K700i. Aiyaks! There goes! Terpaksa melupakan K700i. Really hate this. Have to hunt for another model.

Deli just called. He has booked a metallic blue Innokom Matrix. Hopefully we can get it before next Saturday.

Found Kechik's picts last night. He grew so fast! The picts are a bit blur sebab i snapped them using my SE T630 from the album.


Those were the days. We didn't really have a lot but we were happy.

Thursday, October 21, 2004

Kenyang

Tajuk yang sungguh kontroversi di siang hari dalam bulan puasa.

Hari ini Malini pun join the club - dapat lesen untuk tak berpuasa. Dia dengan bangganya pergi beli tomyam kat warung dengan VF. Kamikaze betul la budak ni. Kenduri tomyam kat opis. Nasib baik tak ramai orang.

Banyak sangat urgent matters hari ni. Malas nak layan users macam ni. Bila kita sediakan online report, tak nak pakai. Bila boss minta, baru la kelam kabut nak guna. Pulaknya, ada problem - menggelabah satu badan. Terpaksa kejar kawan-kawan kat development nak minta tolong. Nak dijadikan cerita, diaorang masuk training pula hari ni. Kena betulkan juga report tu sebab big boss dah bising. Nasib baik sempat deliver on time. Canggih betul budak-budak development ni. Tak manghampakan!

Kena deal dengan quite a lot of statistics request from all over - dari kementerian, jabatan buruh, blablabla. Dah tak larat nak simpan copies sebab file dah naik gemuk. Yang tak bestnya, bila tak simpan copy, ada saja form yang tak sampai. Nak tak nak, kena buat semula. Buang masa sungguh!

Tak sabar nak cuti. Tak kiralah cuti hujung minggu atau public holiday. Sejak awal bulan, busut kerja dah hampir jadi gunung kinabalu. Lebih-lebih lagi bulan puasa ni, balik sejam awal dari biasa. Mood nak buat kerja pun dah kurang. Bukan sebab puasa tapi sebab lain. Sebab Bossy Boss. Sebab nak transfer ke department lain. Mungkin dapat, mungkin tidak. Malini tanya, kalau boss baru pun macam Bossy Boss, macam mana? Hmm.. macam mana ya? Tapi rasanya, kita kena berani ambil risiko. Belum cuba belum tahu. Kalau dapat yang sama macam Bossy Boss juga, nampaknya kenalah cari alternative lain. Hopefully dapat yang lebih baik - tak banyak, sikit pun jadilah.

Hmm...

Tuesday, October 19, 2004

Half Day

Bukan kerja separuh hari, tapi puasa separuh hari. Orang perempuan tentu faham. Orang lelaki lebih-lebihlah lagi. Heheh..

Seluruh sendi rasa sakit, macam nenek tua. Kalau boleh, nak duduk di satu tempat saja. Tak bergerak-gerak. Pergerakan menyakitkan sendi. Tak ada mood untuk layan kesakitan di hari yang mendung ini. Gerimis lebat di luar sana. Di luar sejuk. Di dalam pun sejuk. Yang menjadi mangsa ialah hidung. Rasa seperti kehilangan hidung. Arghh!

Kalau tak ada hidung, macam mana nak bernafas? Kalau susah nak bernafas, macam mana bekalan oksigen nak sampai ke otak? Kalau otak tak dapat bekalan oksigen yang cukup, macam mana nak berfikir? Kalau tak boleh fikir, macam mana nak update blog? Arghhh!

Monday, October 18, 2004

One Gloomy Monday

Sejuknya!!!!

Hujan baru berhenti. Ditambah dengan sejuk dari air-cond. Syoknya kalau dapat tidur.

Last weekend was hectic. Bukan sebab banyak agenda tapi sebab ramai orang sakit. Deli demam panas dari hari Rabu lepas. Temperature turun naik. Badan dia ada little red blotches. Pergi jumpa doktor semalam. Rupanya kena demam campak halus. Dah tua-tua baru nak kena campak. Kelakar sungguh. Heheh...

Adik mula demam lepas balik dari klinik semalam. Orang lain pergi klinik, orang lain pula yang sakit. Nampak muka dia macam blur. Layu semacam - macam orang tak cukup tidur. Gave him Neurofen - just in case. Lepas maghrib, temperature dia mula naik. Nasib baik kali ini mood dia baik. Letak cool patch kat dahi, lap badan dia dengan tuala basah, bogelkan dia sampai tinggal pampers. Semua dia tak kisah. Siap request lap belakang badan dia dengan tuala basah sambil baring macam orang berurut kat spa. Tak kisahlah asalkan dia cepat baik. Lebih kurang pukul 10, nampak macam dah okay sikit. Dah boleh bergelak ketawa masa tengok cerita Johnny English. Bawa dia tidur in our room - takut dia kena fits lagi.

Kakak memang nakal the whole day. Puas dia kacau adik sampai menangis. Satu hari dia tak tidur. Tapi she was very helpful masa kat Carrefour. Pergi timbang barang, tolong ambil barang dari rak. Rajin betul! On the way back, dia minta air Milo sejuk (read: McDonalds). Kira upah la tu!

Try satu resipi semalam - ikan dengan lemon sauce. Tapi sauce dia tak berapa sedap. Nasib baik ada oranges, terus tukar menu jadi orange sauce! Masak nasi goreng crabstick untuk kakak. Habis semangkuk dia makan before she saw the orange sauce! Mula-mula dia tengok saja. Offer dia fries dipped in that sauce. Lepas tu, terus dia take over the sauce! Nasib baik fries McDonalds ada lagi. Kena buat the sauce sekali lagi sebab dia tak nak share. Dah puas makan & bobo, dia buat coloring kat meja dia. After 10 mins lebih kurang, pergi la jenguk dia sebab dia senyap semacam. Selalunya dia mesti nyanyi lagu Pulangkan. Rupanya dia dah terlena! Pencil color still kat tangan. Kesian pula tengok dia. Deli nak bawa dia tidur kat bilik tapi dia tak nak. Tidur kat sofa sampai kita orang naik.

Today, dua-dua menangis sakan sebab tak nak pergi school. Adik tu makan pujuk la juga tapi kakak langsung tak nak compromise. Menangis sekuat hati. Siap goncang pintu grill lagi. Bila adik tengok kakak menangis, dia pun join sekali. Kesian pula tengok dia tapi nak buat macam mana, kena pergi kerja. Deli kena run some errand. Maybe Deli ambil dia orang awal hari ini. I've been sneezing and wiping my nose since morning. Maybe nak join the sick brood.

Cepatlah 4.30pm! Can't wait to hug these two!


Wednesday, October 13, 2004

Berakhirnya hari-hari gumbira di opis!

Esok Bossy Boss balik kerja! Sungguh menyampah! Bestnya kalau dia cuti lama-lama. Terasa aman damai dunia ini.

Semalam MC sebab food poisoning. Must be the ayam i had for dinner the night before. Deli pun sakit perut tapi tak teruk sangat. Tak kerap sangat pergi bilik air tapi sakit perut teruk! Hari ini giliran Deli pula MC. Demam - temperature tinggi sangat. Itu pun masih nak pergi opis juga. Degil macam kakak. Call dia pukul 11 tadi, ingatkan kat opis. Rupanya tengah tidur sebab tak larat nak bangun. He decided to get back at me. I would normally make him feel guilty sebab tak jaga isteri yang sakit. So hari ini he decided to be a 'baby'. Pukul berapa nak balik? Kenapa lambat sangat? Nak makan sedap! Kenapa tak jaga dia? And all the questions he could think of to get back at me. Heheh..

Banyak betul kerja hari ini. Nampaknya sampai pukul 5.30 pun belum tentu siap. Tak kisahlah, kena balik awal juga. Nanti 'baby' kat rumah tu merajuk. Lagi letih nak layan! Work can always wait.




Monday, October 11, 2004

Once upon a cute boy

Adik potong rambut!

Deli bawa dia pergi potong rambut last Saturday. I thought he was joking when he said he's on the way to the barber with adik. Bila nampak dia dalam kereta, rasa nak menangis! Just look at these picts!



No more curls and i can't even sniff his hair! That's my favourite part - i love sniffing his hair. Sedih yang teramat. Entah berapa lama la rambut dia nak panjang semula. Sedihnya. Uwaaa!!!!


Saturday, October 09, 2004

Annual Dinner 2004

Boringnya hari ini sebab semua boss ada! Yup, that includes Bossy Boss. Yuck!

Entah kenapa semua orang datang kerja hari ini. Sepatutnya hari Sabtu minggu ini tak ada boss yang kerja. Semua orang excited nak pergi annual dinner malam ini agaknya. Reena tak pergi annual dinner for the first time sebab dia kena pergi Singapore - teman Linda. Nak duduk dengan siapa ya (apart from VF la)malam ini?

Semalam Deli balik dari Narita. Yey! Dia tak sempat nak beli apa-apa. Cuma sempat beli makanan sikit dari airport. Tak kisahlah - yang penting dia dah selamat balik.

Nak kena buat kerja sikit. Malas nak dengar Bossy Boss membebel macam nenek kebayan.


Dinner time!

a. Reached Sunway Convention Center at around 8pm
b. Our seat was awesome - thanks to Sutina!
c. Food was okay but waiting for the drinks refill was a nightmare
d. Didn't take any picts at all.
e. Recorded some performances for Tok Mak & Tok Non - Siti's fanatics!
f. Didn't win anything, as always.
g. The speech by Chairman and CEO was horrible!
h. The slideshow was even worse. Whoever prepared them must seriously learn more!
i. Nothing really special or different about this year's dinner.

Friday, October 08, 2004

It's finally Friday!

Today Deli balik - yey! Flight dia scheduled to arrive at 7.50pm.

Minggu ni memang memenatkan. Banyak sangat meeting dan kerja yang perlu disiapkan. Semuanya urgent. Kadang-kadang terfikir, macam mana semua benda boleh jadi urgent matters? Takkan pukul 2 nak masuk meeting, pukul 10 pagi minta additional info untuk presentation. Nampak sangat tak prepare awal-awal. Kita yang kuli ni lah yang kena bersungguh-sungguh provide the info. Kalau senang, tak apa juga. Kalau kena yang leceh, memang ringanlah bakul pahala.

Last Wednesday ada aktiviti menderma darah. Been a while since i last donated. Tahun 1995 kalau tak silap - but i still have the red book. Kat sini memang setiap tahun ada acara ni cuma setiap kali diaorang buat, mesti tengah angkat bendera ataupun tak ada kat opis. Tahun nih bersemangat sikit nak menderma. Beratur dengan budak 'brain-dead' dan 'mentally ill'. Sempat lagi bergurau senda - konon-konon nak cover lah. Nervous la dah lama tak kena cucuk-cucuk ni. Bila sampai kaunter ambil sample darah, tak ada problem. Bila sampai kaunter nak check blood pressure, kakak yang check health form tu tanya - batuk ke? I said yes. Dia kata lagi - kalau batuk, tak boleh derma darah. Takut ada infection. Pulak dah! Terpaksa balik dengan hampa sebab tak dapat menderma tahun ini. Tak lama lepas tu, cik 'brain-dead' pun balik juga. Rupanya kurang iron. Lepas ni boleh la kitaorang suruh dia iron baju banyak-banyak. Biar berganda-ganda iron kat badan dia. Heheh...



Tuesday, October 05, 2004

Temporarily husbandless...

Semalam tak kerja. Melepak kat rumah - tidur, tidur dan tidur dengan jayanya!

Deli's off to Narita last night. Will be bored to death till Friday! Hantar dia sampai KL Central. Rasa tak puas melepak dengan dia lepas party disko-disko haritu.

The kids insisted to sleep in my room. Kakak kata bilik dia tak cukup sejuk. Malas nak argue - i let them be.

Today ada meeting kat Sunway at 10am tapi terlupa! Rushed back to take my car. LRT pulak buat hal. Ada problem dekat Dang Wangi & Kg Baru. Took me 20 mins to get to Setiawangsa. Masuk meeting pukul 10.30 pagi - nasib baik meeting dengan member-member! Makan lunch dengan the lovely ladies kat Restoren Jaring depan LDP. Boleh tahan! 3pm sambung meeting dengan a different group. Lebih banyak bergossip dari meeting! Maklumlah semua perempuan. Heheh..

Anak dara..


Sunday, October 03, 2004

Corat-coret Parti Disko-disko

It was super fun!

Malini hantar laksa dan roti jala. Sedap makcik Faridah Hanim masak! Auntie Nanie hantar cream puff dan chocolate cake. Memang menjilat jari! Tok Mak masak soto atas permintaan Aske'. Memang bertuah budak sorang ni - siap boleh alter menu. Sate yang lazat dan berkrim ala-ala sate kajang seramai 700 cucuk. Tok Non kata, Tuhan dah makbulkan doa dia sebab dalam perjalan ke KL haritu, dia terasa nak makan sate kajang. Sebelum party mula, dia dah selamat tapau 5 cucuk sate masuk dalam perut!

Nantha pasang khemah lambat sikit sebab dia ada function lain dekat Damansara. Tak apalah. Nasib baik sempat siap sebelum orang datang. Alhamdulillah!


Kakak begitu excited bila nampak kek dia. Unfortunately adik tengah groggy sebab dah sampai nap time dia. Kakak helped to blow the candles on his cake.


Guests datang sampai malam. Reena & Mazura were the last to leave.