Friday, October 08, 2004

It's finally Friday!

Today Deli balik - yey! Flight dia scheduled to arrive at 7.50pm.

Minggu ni memang memenatkan. Banyak sangat meeting dan kerja yang perlu disiapkan. Semuanya urgent. Kadang-kadang terfikir, macam mana semua benda boleh jadi urgent matters? Takkan pukul 2 nak masuk meeting, pukul 10 pagi minta additional info untuk presentation. Nampak sangat tak prepare awal-awal. Kita yang kuli ni lah yang kena bersungguh-sungguh provide the info. Kalau senang, tak apa juga. Kalau kena yang leceh, memang ringanlah bakul pahala.

Last Wednesday ada aktiviti menderma darah. Been a while since i last donated. Tahun 1995 kalau tak silap - but i still have the red book. Kat sini memang setiap tahun ada acara ni cuma setiap kali diaorang buat, mesti tengah angkat bendera ataupun tak ada kat opis. Tahun nih bersemangat sikit nak menderma. Beratur dengan budak 'brain-dead' dan 'mentally ill'. Sempat lagi bergurau senda - konon-konon nak cover lah. Nervous la dah lama tak kena cucuk-cucuk ni. Bila sampai kaunter ambil sample darah, tak ada problem. Bila sampai kaunter nak check blood pressure, kakak yang check health form tu tanya - batuk ke? I said yes. Dia kata lagi - kalau batuk, tak boleh derma darah. Takut ada infection. Pulak dah! Terpaksa balik dengan hampa sebab tak dapat menderma tahun ini. Tak lama lepas tu, cik 'brain-dead' pun balik juga. Rupanya kurang iron. Lepas ni boleh la kitaorang suruh dia iron baju banyak-banyak. Biar berganda-ganda iron kat badan dia. Heheh...



No comments: